Selasa, 10 Desember 2013
BERSIH sasar sumbangan RM250 000
Malaysiakini Ogos 24 2012 |
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menubuhkan tabung untuk meminta sumbangan orang ramai yang antara lainnya akan digunakan bagi menampung kos oleh mangsa keganasan polis dalam perhimpunan 28 April lalu.
Kempen itu memujuk penderma untuk menyumbang RM1 kepada tabung berkenaan bagi mencapai sasaran RM250,000.

Dalam satu kenyataan, gabungan NGO itu berkata, sebanyak RM150,000 daripadanya akan digunakan untuk menampung kos jaminan tahanan, kos pentadbiran guaman serta perubatan.
Sebanyak RM100,000 lagi akan digunakan untuk kempen kesedaran BERSIH dan komunikasi, menurut kenyataan itu.
BERSIH mempunyai sepasukan peguam yang menawarkan khidmat guaman percuma untuk sejumlah kes yang dihadapinya.
Seramai sepuluh orang daripada anggota jawatankuasa pemandu BERSIH berdepan dengan tuntutan oleh pihak berkuasa sebanyak RM122,000 bagi kerugian yang didakwa berlaku ketika perhimpunan tersebut.
"Kerajaan juga menuntut kerugian am, faedah dan deklarasi bahawa BERSIH melanggar Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman walaupun kerajaan telah mengisytiharkan bahawa akta tersebut merupakan undang-undang revolusionari yang membantu perhimpunan aman," kenyataan itu dipetik.
Selain itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga mengarahkan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan seorang anggota jawatankuasanya Maria Chin Abdullah supaya membayar RM351,203.45 untuk kerugian yang berlaku dalam perhimpunan tersebut.
Menurut BERSIH, wang berkenaan juga akan digunakan untuk kempen kesedaran bagi pembaikan pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kempen itu termasuk percetakan risalah, penerbita klip video kartun, penubuhan "Bersih TV" dan juga untuk mengadakan bengkel serta forum untuk mengetengahkan tuntutan BERSIH, selain aktiviti untuk menarik keluar golongan muda untuk mengundi.
Sumbangan boleh disalurkan kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor melalui akaun CIMB bernombor 12380000661-10-0.
Jumlah dana yang dikutip itu akan dikemaskini dan diumumkan melalui laman webnya dan akaun yang diaudit juga akan dikemukakan, kata gabungan NGO itu.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar