Rabu, 13 Agustus 2014

Wanita Palestin ditindas

Joe Iosbaker

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Jawatankuasa Hentikan Penindasan Biro Siasatan Pusat (FBI) mendakwa, Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam peperangan menentang orang Islam di Timur Tengah dan kini berlarutan di negara itu.

Dakwaan dibuat Joe Iosbaker, selepas ejen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bertindak menahan wanita Palestin, Rasmieh Odeh tanpa sebab kukuh.

Menurutnya, Rasmieh pernah diberkas selepas tidak menyatakan dia pernah didakwa mahkamah Israel 45 tahun lalu ketika permohonan mendapatkan kerakyatan AS.

"Kami mendapati tindakan itu jelas penindasan ke atas penduduk Palestin seperti dilakukan rejim Zionis. Sejak 10 tahun lalu, orang Islam di AS juga menjadi sasaran penindasan FBI," jelasnya, menurut laporan PTV.

Difahamkan, Rasmieh akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan,  November  ini dan jawatankuasa turut menggesa penduduk AS menghadiri perbicaraan  itu sebagai tanda sokongan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar