Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Februari 2014
Langgar Lari Polis Minta Pemandu Lori Tampil

SANDAKAN – Polis hari ini meminta seorang pemandu lori yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang wanita warga emas pada Ahad lepas supaya tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang di Batu 13 Jalan Labuk di sini ketika wanita berusia 81 tahun itu sedang melintas jalan lalu dilanggar lori yang dalam perjalanan ke bandar Sandakan.
Mangsa yang cedera parah di seluruh badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Rowell berkata lori yang tidak diketahui nombor pendaftarannya itu segera meninggalkan tempat kejadian manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.
Sehubungan itu, beliau menasihati saksi kejadian segera tampil atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zabir di talian 089-242254 bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Minggu, 29 Desember 2013
Polis akan mudahkan proses berceramah IGP
|
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan ketua polis daerah akan memudahkan urusan pihak yang mahu berkempen menerusi ceramah pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, dengan syarat mereka memohon kebenaran terlebih dahulu.
"...kena mohon dulu untuk aturkan keselamatan untuk penceramah, orang ramai. Kita tidak mahu dua pihak bertembung di satu lokasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat bersama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit pilihan raya kecil itu, di Besut hari ini.
Khalid berkata PDRM juga sudah bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang proses pilihan raya kecil itu.
"Persiapan tentang aturan keselamatan untuk kelancaran proses penamaan,
pengundian awal, tempoh berkempen, mengundi telah diatur," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar daripada Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Jumaat ini sebagai hari penamaan calon dan 24 Julai hari pengundian.
Mengulas cadangan penggubalan undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) 1969 yang dimansuhkan pada 2011, Khalid berkata PDRM percaya undang-undang yang bakal dirangka kerajaan adalah bagi menjamin dan mengutamakan keselamatan serta keharmonian masyarakat.
"Kadang-kadang ada pihak tidak pandang jauh... kenapa tidak tengok apa yang akan dibawa (penjenayah) kepada masyarakat dan kenapa anda tidak tengok dari segi hak masyarakat untuk dilindungi daripada penjenayah," kata Khalid.
Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada dalam kalangan mereka kembali melakukan aktiviti jenayah.
- Bernama

Langganan:
Postingan (Atom)