Jumat, 28 Februari 2014
KEADILAN Proton mampu bersaing tanpa cukai eksais
KUALA LUMPUR 25 Ogos: KEADILAN yakin pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad masih mampu bersaing walaupun tanpa pergantungan kepada cukai esksais.
Menurut mereka, KEADILAN mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia mampu maju ke depan berdasar keupayaannya bertahan walaupun tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais sejak 2005.
“Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa,” ujar kenyataan tersebut.
Menurut mereka, bantuan kewangan terbesar diperolehi Proton kini bukan lagi dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran P)enyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih baik.
Tambahnya, penyata kewangan Proton bagi tahun 31 Mac 2011 dari Laporan Tahun Proton 2011 menunjukkan ia mendapat geran R&D berjumlah RM175 juta.
“Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari rebat cukai eksais bernilai berbilion ringgit yang diberikan setiap tahun kepada Proton sehingga tahun 2005.
Tegasnya, dakyah perkauman kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan Proton sebenarnya menghina tenaga profesional di Proton dan perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya didominasi Melayu dan Bumiputra.
“Jawapan-jawapan pimpinan Umno/Barisan Nasional menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automotif tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat yang memangsakan Proton demi kepentingan politik mereka,” ujar kenyataan itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar