Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan

Kamis, 10 April 2014

5 minit Sahaja Untuk Baca Artikel Ini

reading

Bacalah wahai sahabat sekalian, bacalah untuk dirimu sendiri, bacalah untuk keluargamu, bacalah untuk orang yang kamu sayang. Bacalah

Menurut statistik, hanya 2% dari penduduk dunia membaca buku ilmiah dan hanya 13% penduduk dunia hanya membaca surat khabar. Kebanyakkannya tengok kotak hitam di setiap penjuru rumah setiap hari, setiap masa. Renung-renungkan

Minta sahabat sekalian baca artikel ni 5 minit sahaja dari hidup anda supaya kita bertambah takut kepada Allah dan bertambah iman/taqwa kita kepada nya. Insyallah.
Menurut Hadis:

“Berfirman Allah swt : Demi Keagungan dan Kekuasaan-Ku tidak mungkin berkumpul dua rasa takut dalam diri hambaku dan tidak akan berkumpul dua rasa aman. Jika ia merasa aman padaKu di dunia maka akan aku buat ia takut di hari kiamat, dan jika ia takut padaKu di dunia maka ia akan aman di akhirat.” (HR Ibnu Hibban)

Firman Allah swt
“Sesungguhnya hanyalah yang paling takut pada Allah di antara hambanya adalah para ulama’.” (QS Faathir : 28)

Takutnya para Malaikat :
“Mereka merasa takut kepada Rabb-nya, dan mereka melakukan apa-apa yang diperintahkan Allah.” (QS An-Nahl : 50)

Takutnya Nabi saw :
“Bahawa Nabi saw jika melihat mendung ataupun angin maka segera berubah menjadi pucat wajahnya. Berkata A’isyah ra: “Ya Rasulullah, orang-orang jika melihat mendung dan angin bergembira kerana akan datangnya hujan, maka mengapa anda cemas?” Jawab beliau saw: “Wahai A’isyah, aku tidak dapat lagi merasa aman dari azab, bukankah kaum sebelum kita ada yang diazab dengan angin dan awan mendung, dan ketika mereka melihatnya mereka berkata: Inilah hujan yang akan menyuburkan kita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Maka kita sebenarnya lebih patut untuk merasa takut dibandingkan dengan mereka.
Mereka takut bukan kerana dosa melainkan kerana kesucian hati dan kesempurnaan ma’rifah, sementara kita telah dikalahkan oleh kekerasan hati dan kebodohan.
Hati yang bersih akan bergetar hanya kerana sentuhan yang kecil, sementara hati yang kotor tidak berguna baginya nasihat dan ancaman.

Ya Allah, masukkanlah rasa takut ke dalam relung hati kami yang paling dalam terhadap kehebatan dan kekuasaanMu yang mutlak dan hapuskanlah rasa takut kami kepada sesama makhluk. Berilah kesedaran kepada kami melalui rasa takut akan azabMu hingga menjadikan kami sentiasa berhati-hati untuk tidak melanggar larangan-laranganMu dan sebagai motivasi untuk kami mempertingkatkan lagi ibadah kami kepadaMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
Ilmu untuk dikongsi.. Masa ni Syaitan bisik dekat anda.. Jangan Share..
Read More..

Sabtu, 15 Maret 2014

Peningkatan besar pengundi baru bagi Sabah untuk pilihan raya 1994 kata SPR kepada RCI


Oleh Boo Su-Lyn May 28, 2013
KOTA KINABALU, 28 Mei — Terdapat peningkatan 103,000 pengundi untuk membuang undi dalam pilihan raya negeri Sabah 1994 yang mana PBS menang tipis, tetapi kehilangan negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) tidak berapa lama kemudian oleh kerana beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membelot, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram diberitahu hari ini. 
 
Yusniati Ishak, setiausaha jabatan pendaftaran pengundi di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi keterangan hari ini terdapat 646,719 pengundi layak mengundi untuk pilihan raya 1994, berbanding 543,612 pengundi dalam pilihan raya 1990.
"Saya tidak buat apa-apa kajian," kata Yusniati semasa RCI di sini, apabila diminta untuk menjelaskan peningkatan pengundi sepanjang tahun.

Bekas pengarah JPN Ramli Kamarudin memberitahu RCI pada Januari, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang untuk mengundi dalam pilihan raya negeri 1994.

Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.
Akan tetapi beberapa ADUN PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.The Malaysian Insider
Read More..

Rabu, 19 Februari 2014

Makan otak anak sendiri untuk sembuhkan penyakit

tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type
Zhang Yuanhong ibu  kepada mangsa
Gara-gara mengikut mitos kuno seorang lelaki penderita epilepsi sanggup membunuh anak laki-lakinya yang  berusia 11 tahun dengan tujuan untuk memakan otaknya agar penyakitnya sembuh

Wang Chaoxu dari desa Qixian daerah Yunnan barat daya China melakukan hal  tersebut pada seorang anak yang bernama Li Xuetang. Kejadian ini diketahui setelah ditemukan susuk mayat anak yang dikuburkan 3 km dari  tempat mereka tinggal.

Ketika ditemukan keadaan tubuh Tang-Tang panggilan  Li Xuetang sangat mengerikan beberapa organ tubuhnya hancur dengan penuh lumuran darah dan lebih mengerikan kulit kepalanya yang terkopek dan otaknya hilang.

Sebelum ini pernah terjadi kes yang sama menimpa seorang anak perempuan di wilayah yang sama iaitu otak tempurung pecah dan isinya hilang. Zhang Yuanhong ibu kepada mangsa sangat sedih dan tidak boleh menerima kenyataan yang menimpa anak tercintanya ini.

Setelah disiasat polis akhirnya Wang Chaoxu mengakui semua perbuatannya, dia percaya dengan memakan otak anaknya dan makan cacing tanah serta semut maka penyakit epilepsi yang dideritanya sejak kecil  dapat sembuh sepenuhnya. Selama ini dia  merasa sangat tersiksa dengan penyakit yang dihidapinya.

sumber : ruanghati.com
 sumber
Read More..

Sabtu, 15 Februari 2014

Tip Untuk Kawal Marah seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW



Tip kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW;

  1. Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
  2. Kalau anda sedang duduk, baringlah.
Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain!
Abu Hurairah dan Said al-Magburi meriwayatkan; “Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah SAW duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun aku dan engkau pula diam. Ketika aku menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan aku tidak suka duduk bersama syaitan.” Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hambaNya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”
Abu Said al-Khurdi pula berkata; Rasulullah ada bersabda; “Awaslah Ente daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia berbaring.”
Abu Hurairah al-Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda; “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”
Wallahuallam…
Tip kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW;
Read More..

Rabu, 05 Februari 2014

Nenek Tua Di Bayar RM12 Juta Untuk Lakukan Seks

Seorang wanita berusia 77 tahun diarah membayar semula wang sebanyak AS$4 juta (RM12.13 juta) yang diperolehnya daripada seorang lelaki berusia 79 tahun, menurut akhbar Sports Nippon minggu ini.


Gambar hiasan

Lelaki tersebut memberikan wang itu sebagai pertukaran untuk mendapatkan cinta dan hubungan seks daripada wanita berkenaan.

Wanita berkenaan berjaya memperoleh wang itu semasa hubungan mereka berlangsung lebih tujuh tahun.

Menurut akhbar tersebut, lelaki itu menyatakan, dia menganggap wang tersebut hanya sebagai pinjaman.

“Dia (wanita berkenaan) tidak mempunyai kemampuan atau niat untuk membayar balik pinjaman itu,” kata lelaki tersebut di sebuah mahkamah di Shizuoka, tengah Jepun.

Mahkamah diberitahu, wanita itu memujuk lelaki tersebut untuk memberikan wang berkenaan dengan memintanya mandi bersamanya.

Wanita itu juga sanggup berbogel di depan lelaki berkenaan di dalam sebuah hotel dalam usahanya untuk mendapatkan sebahagian daripada wang itu.

Pasangan itu mula menjalin hubungan pada Jun 2000.

Menurut akhbar berkenaan, wanita tersebut kerap kali meminta wang kerana dia mahu membayar hutang kepada seorang lagi lelaki yang memaksanya berkahwin.

Lelaki itu kemudian menjual tanah yang diwarisinya dan membuat pinjaman bagi memenuhi permintaan wanita tersebut.

Wanita tersebut menggunakan wang yang diperolehnya itu untuk membeli kereta mewah seperti Jaguar, BMW, Mercedes-Benz dan sebuah flat mewah.

Jika wanita itu gagal mematuhi arahan mahkamah itu, lelaki berkenaan akan mengambil tindakan yang selanjutnya bagi memastikan wang tersebut diperoleh semula.

–AFP
Read More..

Sabtu, 21 Desember 2013

Manfaat Lemon Untuk Kesehatan dan Kecantikan

Lemon
Manfaat lemon ternyata banyak sekali. Tidak hanya untuk kesehatan tapi juga untuk kecantikan. Diantaranya memelihara keindahan rambut, kulit dan bisa dipakai untuk mengobati jerawat. Ini dia beberapa manfaat lemon yang bisa Anda coba.

Untuk rambut berkilau

Air perasan buah lemon bisa dimanfaatkan untuk membuat rambut lebih sehat, licin, dan berkilau. Caranya, campurkan air perasan lemon dengan air untuk mencuci rambut. Atau Anda bisa mencoba alternatif lain, yaitu mencampurkan tiga sdm jus lemon dengan ¾ gelas minyak zaitun dan setengah gelas madu. Oleskan pada rambut dengan bantuan sisir, lalu diamkan selama setengah jam sambil ditutup shower cap. Setelahnya, cuci rambut sperti biasa. Rambut akan berkilau alami.

Untuk tumit dan lutut

Tumit dan Lutut kering dan kasar dapat diatasi dengan menggosokkan potongan jeruk lemon. Biarkan meresap ke dalam kulit. Kaki tidak perlu dibilas lagi. Paling baik jika didiamkan semalaman.

Untuk mencerahkan wajah

Buah lemon bisa di pakai juga sebagai masker , terutama bagi kulit berminyak. Campurkan air lemon dengan madu dan gunakan sebagai masker. Setelah 10 menit, bersihkan dengan air hangat. Kulit wajah akan lebih cerah. Lakukan secara teratur agar kulit tampak lebih cerah.

Untuk mulut dan gigi

Beberapa tetes lemon bisa digunakan sebagi obat kumur alami untuk membunuh bakteri penyebab bau mulut. Lemon juga dapat sekaligus memutihkan gigi. Caranya, berkumur-kumur dengan air perasan lemon setelah menggosok gigi.

Untuk menghilangkan noda hitam

Noda hitam atau bekas jerawat bisa kurang, bahkan hilang, bila rajin menggunakan cara ini. Sebelumnya, simpan buah lemon di kulkas agar dingin, lalu potong buah lemon dua bagian. Olesi wajah anda yang bernoda dengan lemon tersebut dengan arah memutar keluar. Bila kulit anda berminyak anda bisa mengoleskan lemon pada seluruh wajah agar wajah cerah dan minyak berkurang. Simpan sisa jeruk yang belum terpakai dalam lemari es. Ketika pertama dioleskan, kulit akan sedikti gatal. Itu wajar. Itu wajar. Lama-lama rasa gatal itu akan hilang. Akan tetapi bila kulit terasa perih dan gatal berkepanjangan, segera hentikan pemakaian lalu cuci muka hingga bersih. Itu tandanya kulit anda tidak cocok.

Membersihkan sela-sela kuku

Lemon bisa digunakan sebagai alternatif perawatan kuku. Rendam kuku dalam air perasan lemon yang telah ditambahkan sedikit cuka dan air hangat sekitar 10 menit. Lalu gosok perlahan kuku dengan sikat kecil.

Mengobati jerawat

Peraslah lemon ke dalam sebuah mangkok. Masukkan 1 gelas penuh susu dan 1 sendok teh gliserin ke dalamnya. Aduk rata dan diamkan selama setengah jam. Oleskan campuran ini pada wajah, tangan, dan kaki sebelum tidur malam. Cara ini akan membantu anda terlihat lebih muda dan cantik. Juga dapat membantu anda mengobati jerawat.

Untuk kulit berminyak

Peras lemon ke dalam mangkok yang berisi air es. Percikkan ke seluruh wajah, pijat selama 5 menit, dan bersihkan wajah dengan air.

Kulit lebih mengkilap dan kulit berminyak

Campurkan setengah sendok teh air lemon dengan satu sendok teh air ketimun dan beberapa tetes air mawar. Oleskan ke wajah dan leher. Diamkan selama 15 menit, lalu bersihkan dengan air.

Untuk kulit kering dan kasar

Campurkan satu kuning telur dengan beberapa tetes air lemon dan minyak zaitun. Oleskan pada wajah dan diamkan sampai kulit terasa kering. Bersihkan dengan air dan percikan dengan air es.

Menghilangkan keletihan pada mata

Ambil masing-masing empat sendok makan air lemon dan air es. Taruh di sebuah kapas dan letakkan pada mata anda(yang tertutup) selama 10 menit.

Nah, itu dia beberapa manfaat dari Lemon. Selamat mencoba. Rating: 4.5
Read More..